Akhirnya Hujan Turun Di Kuala Ketil

 

Setelah hampir dua bulan dilanda musim kemarau, akhirnya hujan turun juga di Bandar Kuala Ketil. Selama lebih kurang 1 jam, hujan turun dengan intensiti sederhana pada petang ahad (16 Mac 2014).
Walaupun hujan hanya turun sebentar, warga Kuala Ketil bersyukur dan menyambut dengan sukacita turunnya hujan dengan melakukan sujud syukur

“Syukur Alhamdulillah kita diberikan anugerah hujan hari ini(16 Mac 2014).” ujar Mahathir Zakaria, sorang warga Kuala Ketil.

Menurut Mahathir, turunnya hujan ini sangat membantu warga untuk mendapatkan air di musim kemarau yang panjang. Apalagi ditambah keringnya hutan menyebabkan hutan mudah terbakar.

 

 

 

 

 

 

 

Seperti yang berlaku pada Jumaat (14 Mac 2014), kebakaran hutan dan kebun di Batu 5 Kuala Ketil, menyebabkan seorang pemilik kebun meninggal dunia. Di beritakan, warga berkenaan meninggal kerana tersedut asap dalam kuantiti yang banyak.
Hal yang sama juga dinyatakan Zaini, warga Kampung Batu Satu yang mengaku sangat menanti hujan.
Zaini dan sejumlah warga lainnya juga berharap agar musim kemarau panjang melanda Bandar Kuala Ketil sudah berakhir.

Sebelumnya, masjid jamek Kuala Ketil di bawah pimpinan Imam  Cik Nan telah melakukan solat hajat secara berjemaah selepas Solat Jumaat (14 Mac 2014) untuk meminta diturunkannya rahmat Tuhan berupa hujan dan mengakhiri kemarau yang melanda Kuala Ketil dan seluruh Negara sejak 2 bulan lalu.

 

Rahsia Mendapat Ketenangan Hati

6 Tips mudah untuk mendapatkan ketenangan hati

1. Jangan tergantung terhadap orang lain.  Bersikaplah mandiri dan percaya akan kemampuan yang kita miliki.

2. Jangan berburuk sangka,berfikirlah positif akan membawa pada suatu yang bermanfaat.

3. Jangan mengingat penyesalan yang tidak pantas disesali dimasa lalu,hidup itu mudah,buatlah dalam suatu perbuatan kita dengan keputusan dan jadikan masa lalu menjadi sebuah pelajaran untuk menjadi yang lebih baik dimasa depan.

4. Jangan pernah menyimpan dendam dihati,dendam itu di ibaratkan sebagai racun dalam hati kita,jauhi itu.

5. Jauhi sifat terburu-buru, aset dalam kehidupan bukan harta tapi waktu, maka pergunakan waktu dengan baik.

6. Jangan khawatir dengan hari esok,ketuklah pintu dan pintu pun akan terbuka,ingatlah ALLAH, ALLAH pun akan ingat pada kita.
Ya Allah…..Mudahkanlah segala urusan kami hari ini, dekatkanlah rezeki kami, sehatkanlah jiwa raga kami dan mudahkanlah jodoh kami (bagi yg belum menikah), jadikanlah kami keluarga sakinnah mawaddah warrahmah. Aamiin ya Rabbal’alamiin

 

Banjir Melanda Kuala Ketil

Bermula hari  Sabtu (21/10/2013) malam- banjir melanda beberapa kawasan di Kuala Ketil.  Banjir kali ini merupakan antara banjir terbesar sejak tahun 2003.  Kawasan rumah kak zam antara kawasan yang terlibat dalam banjir kali ini. Sehingga hari Selasa paras air dihalaman rumah kak zam adalah sedalam hampir satu meter.  Bersama-sama ini kak zam kongsi coretan ketika banjir melanda bersama kawan-kawan semua:

 

 

 

 

*Hari Ahad, 22/10/2013 kira-kira pukul 10.30 pagi penduduk Kg. Jeram Merbau Pulas berpindah ke pusat penempatan banjir.

 

 

 

 

*Pada masa yang sama ada kematian, arwah Tok Tam dibawa kemasjid Merbau Pulas oleh Pasukan Bomba dan Rukun Tetangga Merbau Pulas untuk diuruskan.  Semoga roh beliau ditempakan dikalangan orang-orang beriman.  Al-Fatihah

 

 

 

*Penempatan mangsa banjir bagi penduduk Merbau Pulas adalah di Sekolah Kebangsaan Merbau Pulas dan Masjid Merbau Pulas.

 

 

 

 

*Semasa banjir

 

 

 

 

*Selepas banjir

 

Alhamdulillah, hari ini Rabu selepas hampir empat hari berendam dalam banjir, banjir telah surut sepenuhnya.  Meskipun banjir yang melanda telah menyebabkan kerosakan harta benda namun bersyukurlah kita kerana tiada korban jiwa berlaku….

 

Sekarang ni musim demam selsema dan batuk.  Bersama ini kita kongsi petua-petua mengurangkan batuk.  Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 1
Anda hanya perlu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.  Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari.   Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran  3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.  Selamat mencuba.

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 2

Bahan:
1) Limau Kasturi – 1 biji (kalau limau nipis yg jenis byk air tu sehiris pun dah cukup)
2) Madu Lebah Asli
3) Halia 1 Inci
Cara-cara:
– Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambik jus nya
– Campurkan dengan madu & perahkan limau
– Campurkan semua dan minum

 

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak  3

Bahan:
1. limau kasturi + kicap
2. limau + madu
3. minum air rebusan epal merah

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 4

1) Lemon/ limau nipis + madu
2) Gula2 fisherman’s friend makan satu demi satu secara berturut2 sebnyak 3 biji.
3) Limau kasturi + gula batu
4) Madu
5) Air limau nipis suam
6) Bunga lawang

air limau nipis suam + madu biobarakah
madu biobarakah ni keluaran biosirih, dia campurkan pati minyak habbatus sauda.
dan tambahkan ramuan gula batu juga.
Insyallah akan beransur baik.

Boleh ye cuba…
Air suam + limau nipis + madu + gula batu

 

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 5

1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam

Cara-cara:
Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.

Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu.dia tak pedas. dia ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula

* Sekiranya rakan-rakan semua ada petua lain dalam merawat batuk, kongsilah bersama yer….

 

Sumber : www.lepak.my

 

Terima Kasih atas sokongan kawan-kawan kerana sentiasa mengikuti perkembangan kualaketil.com.  Setiap hari bilangan pengikut kualaketil.com semakin bertambah.  Sekiranya kawan-kawan semua ada pendapat, idea atau apa sahaja untuk diketengahkan dalam kualaketil.com demi pembangunan kita semua, boleh ler berikan komen anda.  Jangan segan-segan ye.  Kalau ada kawan-kawan yang berminat nak hebahkan/iklankan sebarang aktiviti atau perniagaan, boleh ler sertai pengiklanan di laman sesawang kami.  Murah je….serendah 3 kupang jer sehari.  Kalau 3 bulan baru RM30 jer….berbaloi…amat berbaloi…

Renungan

Renungan untuk kita.  Mudah-mudahan setiap hari kita akan menjadi insan yang lebih baik………

 

FADILAT PUASA DI BULAN ZULHIJJAH

Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
Maka Baginda bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah.

(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.a)

Daripada Ibnu Abbas telah berkata :

Sabda Rasulullah S.A.W yang ertinya :

“Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh (sepuluh hari pertama Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya :

Wahai Rassulullah! dan tidak (amal) jihad pada jalan Allah?. Jawab baginda : Dan tidak jihad pada jalan Allah. Sabda baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan sesuatu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari Pertama Zulhijah (06/10/13)

Hari ketika Allah mengampuni  Nabi  Adam ialah hari pertama Zulhijah.  Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah mengampuni  dosanya.

 

Hari Kedua Zulhijah (07/10/13)

Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah selama setahun serta tidak menderhakai Allah.

 

Hari Ketiga Zulhijah (08/10/13)

Allah telah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

 

Hari Keempat Zulhijah (09/10/13)

Nabi  Isa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahannya dan kefakirannya dan pada hari Kiamat bersama orang yang baik dan mulia.

 

Hari Kelima Zulhijah (10/10/13)

Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia bebas daripada kemunafikan dan seksa kubur.

 

Hari Keenam Zulhijah (11/10/13)

Allah membukakan kebaikan untuk Nabi-Nya. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikan padanya dengan kasih sayang dan dia tidak diseksa semudah itu.

 

Hari Ketujuh Zulhijah (12/10/13)

Semua pintu neraka jahanam ditutup dan tidak dibuka-buka sehingga berlalu hari-hari yang 10 itu. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah menghindarkan daripada 30 pintu kesukaran dan membuka 30 pintu kemudahan.

 

Hari Kelapan Zulhijah (13/10/13)

Dinamakan juga Hari Tarwiyah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah sendiri.

 

Hari Kesembilan Zulhijah (14/10/13)

Disebut juga hari tebusan dosanya pada tahun itu yang lepas dan yang akan datang. Pada hari inilah turunnya ayat Al-Quran yang terakhir bermaksud:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu.”

 

Hari Kesepuluh Zulhijah (15/10/13)

Hari Raya Aidiladha. Sesiapa berkorban dengan satu korban, mulai titisan darah yang jatuh di tanah, Allah mengampuni semua dosanya dan keluarganya. Sesiapa yang memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada Hari Kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.

 

Banyak kelebihan yang kita dapat kalau kita puasa pada hari-hari berikut. Tapi ingat, ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t. kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mahu menerima amalan, kecuali dari orang yang ikhlas dan semata-mata mencari keredhaan-Nya”.

-Riwayat Abu Daud dan An Nasaie-

 

Sumber :             kfhijarahhouse.blogspot.com / faina989.blogspot.com