MALAM LAILATUL-QADAR

Mencari keredhaan Nya


MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu
Mencari keredhaan Nya
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain.
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil.
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama’ bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka’ab katanya, “Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.” Daripada Riwayat Mu’awiyah:
Maksudnya:
Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27.
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
” Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. “
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. “

Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Sumber:

http://www.jais.gov.my/ramadhan/lailatulqadar.php

Kecurian Banner di sekitar Kuala Ketil

20 Ogos 2011- AWAS! kepada semua pemilik banner di sekitar Kuala Ketil. Sila berhati- hati dengan kecurian banner yang berlaku di sekitar kawasan Kuala Ketil.  Antara kawasan yang kerap berlakunya kehilangan banner yang telah dikenal pasti oleh pihak penguatkuasa Majlis Daerah Baling(Pekan Kuala Ketil) adalah di sekitar kawasan Padang Awam, Kuala Ketil.(Gambar diatas adalah antara banner yang telah dicuri)

Gejala tidak bermoral ini dikenal pasti berlaku pada waktu tengah malam, bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu oleh pihak berkuasa. Banner-banner yang menjadi pilihan adalah banner yang bersaiz besar dan ‘single-side’ banner.

Kebanyakkan banner yang dicuri akan dijadikan selimut kereta dan berdasarkan keterangan pihak penguatkuasa Majlis Daerah Baling(Pekan Kuala ketil) berkata, pada musim perayaan banner-banner besar yang dicuri akan di jadikan sebagai banner ‘lemang’ dan tempat lapik meja.

Kemanakah perginya kesedaran sivik terutama jika perbuatan ini dilakukan oleh umat islam?Kemanakah perginya hukum halal dan haram?

Kuala Ketil.com mengharapkan pihak berkuasa dapat melakukan rondaan malam bagi menjamin keselamatan rakyat dan hak penduduk Kuala Ketil.