INSANIAH DITUTUP

Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Insaniah akan ditutup.  Takkan kot, projek billion-billion alih-alih nak tutup.  Pasai apa nak tutup?  Soalan ini yang menjadi tanda tanya hampir setiap penduduk Kuala Ketil dan kawasan sekitarnya.

Menurut sumber yang diperolehi, Insaniah ditutup sebab pihak pengurusan tidak mampu lagi menanggung hutang pembinaan Insaniah dulu.  Ada pihak mengatakan kerajaan negeri Kedah, nak menggantikan Insaniah dengan Institusi Pengajian lain.  Betul ka????.

Walau apa jua persoalan yang timbul, yang pastinya memang Insaniah dah ditutup.  Tanggal 29 Julai 2013, sekali lagi sejarah Kuala Ketil dicatat.  Jika dulu 29 Januari 2013 merupakan tarikh perasmian/pembukaan Insaniah, kini hanya selepas 7 bulan, iaitu pada 29 Julai 2013 Insaniah ditutup secara rasminya.  Pelajar-pelajar Insaniah telah menghadiri kuliah terakhir mereka pada tarikh tersebut.

Bantahan/demonstrasi aman yang dilakukukan pelajar dan waris pada tarikh tersebut dihadapan Kolej Insaniah tidak mampu mengubah keputusan pihak pengurusan untuk berpindah.  Kini pelajar Insaniah perlu berpindah kembali ke kampus asal Insaniah di Jalan Mergong Alor Star.

Ramai yang mengaitkan isu ini dengan isu politik.  Bagi kak zam, tak kisah lah politik ka apa ka.  Yang menjadi mangsa sekarang adalah pelajar Insaniah itu sendiri.  Kesian kat depa, ada yang bayar rumah sewa untuk setahuan, aleh-aleh nak kena pindah pulak.  Dah lah sebelum ni susah payah cari rumah sewa, bayar deposit dan sewa yang mahal, tak sampai setahun kena pindah pulak.  Kalau kena tuan rumah yang ada “hati perut”, selamat ler sebab deposit akan dipulangkan.  Kalau dapat tuan rumah “putar alam”, macam mana?.

Kewujudan Insaniah di Kuala Ketil ini memberi banyak impak positif terutama dari segi ekonomi kepada masyarakat Kuala Ketil.  Masyarakat Kuala Ketil boleh sewakan rumah dan kereta kepada pelajar, selain itu kedai-kedai makan dan alat tulis juga semakin baik perniagaan kerana kunjungan pelajar Insaniah.  Bukan itu saja, kalau dulu Kuala Ketil tak dikenali, la ni sebut saja Kuala Ketil semua orang tau.  Pelajar-pelajar Insaniah juga telah memberi imej positif kepada masyarakat sekaligus memberi nama baik kepada Kuala Ketil.

Apapun kita kena terima keputusan ini dengan hati terbuka.  Mungkin ada hikmah disebaliknya.  Hanya Allah yang tahu……

Bye-bye INSANIAH

Peristiwa Bersejarah Nuzul Quran

Alhamdulillah, kemarin 26 Julai bersamaan  17 Ramadan kita semua telah menyambut Nuzul Quran. Ada negeri yang bercuti sempena hari mulia ni, ada negeri yang bekerja. Tak kisah le cuti ka, kerja ka, yang penting cara kita menyambut hari mulia ni. Sempena hari mulia ni saya terpanggil untuk berkongsi sejarah Nuzul Quran dengan kawan-kawan semua. Harap-harap dapat jadi pedoman kepada kita.Sejarah Nuzul Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada nabi kita Muhammad s.a.w hingga seterusnya diturunkan berperingkat-peringkat sampai jadi macam dok ada la ni. Peristiwa dicatat berlaku pada Jumaat, 17 Ramadan, (sama macam kemarin) tahun ke-41 keputeraaan Nabi Muhammad s.a.w. Perkataan ‘Nuzul’ membawa maksud turun atau berpindah dari atas ke bawah.Berlaku kekhilafan dalam menentukan tarikh sebenar penurunan Al-Quran. Walaubagaimanapun para ulama yang berijtihad berpendapat peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadan berdasarkan surah Al-Anfal, ayat 41 yang bermaksud: Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk (jalan) Allah, Rasul, Kerabat Rasul, Anak-anak yatim, orang-orang miskin dan Ibn Al-Sabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) pada hari Furqan, iaitu pada hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha kuasa atas segala urusan.Hari Furqan dijelaskan sebagai Perang Badar iaitu perang pertama bagi umat Islam, kemenangan orang Islam dan kekalahan orang kafir iaitu hari bertemunya dua pasukan dalam Perang Badar yang berlaku pada Jumaat 17 Ramadan tahun kedua Hijrah.

Kad Kahwin

Syawal bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi. Pasti ramai yang mengambil kesempatan melangsungkan perkahwinan sepanjang cuti raya nanti. Kepada bakal-bakal pengantin anda tidak perlu pening-pening kepala mencari tempat untuk menempah kad kahwin. Kami di KMK Resources SDN BHD, ada menawarkan pelbagai corak dan jenis kad kahwin dengan harga yang amat berpatutan. Streamer majlis perkahwinan diberikan secara percuma kepada pelanggan-pelanggan yang layak. Jangan lepaskan peluang hebat ini.