Nukilan seorang ibu

Innalillahiwainnalillahirojiun, Subhanallah, Ya Allah, berikan lah kekuatan kepada Ibu (Faziah) ini dalam menghadapi dugaan Mu.  Sungguh hebat dugaan yang dihadapi.  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.  Namun sebagai hambaNya yang lemah kita perlu redha dengan apa yang terjadi.

Sebak, sewaktu membaca berita dari akhbar ini.  Pasti setiap ibu akan merasai perasaan yang sama dan pasti terfikir jika kejadian ini menimpa kita, apakah perasaan kita………..Sebagai hamba Allah kita pasti redha dengan ketentuan Allah ini, namun sebagai manusia yang lemah, pasti kita akan sedih dan menyalahkan diri sendiri.  Apapun ingatlah janji Allah, anak-anak kecil yang meninggal merupakan ahli syurga.  Ini kerana mereka tiada sebarang dosa.  Kepada ibu (Faziah) bersedihlah kerana kita manusia yang lemah yang pasti akan sedih apabila dilanda musibah.  Namun jangan meratapi pemergian anak tercinta kerana anak ini menanti ibu dan ayahnya di pintu syurga.

Sumber :     Akhbar metro/ 10-10-2013