Peristiwa Bersejarah Nuzul Quran

Alhamdulillah, kemarin 26 Julai bersamaan ¬†17 Ramadan kita semua telah menyambut Nuzul Quran. Ada negeri yang bercuti sempena hari mulia ni, ada negeri yang bekerja. Tak kisah le cuti ka, kerja ka, yang penting cara kita menyambut hari mulia ni. Sempena hari mulia ni saya terpanggil untuk berkongsi sejarah Nuzul Quran dengan kawan-kawan semua. Harap-harap dapat jadi pedoman kepada kita.Sejarah Nuzul Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada nabi kita Muhammad s.a.w hingga seterusnya diturunkan berperingkat-peringkat sampai jadi macam dok ada la ni. Peristiwa dicatat berlaku pada Jumaat, 17 Ramadan, (sama macam kemarin) tahun ke-41 keputeraaan Nabi Muhammad s.a.w. Perkataan ‘Nuzul’ membawa maksud turun atau berpindah dari atas ke bawah.Berlaku kekhilafan dalam menentukan tarikh sebenar penurunan Al-Quran. Walaubagaimanapun para ulama yang berijtihad berpendapat peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadan berdasarkan surah Al-Anfal, ayat 41 yang bermaksud: Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk (jalan) Allah, Rasul, Kerabat Rasul, Anak-anak yatim, orang-orang miskin dan Ibn Al-Sabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) pada hari Furqan, iaitu pada hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha kuasa atas segala urusan.Hari Furqan dijelaskan sebagai Perang Badar iaitu perang pertama bagi umat Islam, kemenangan orang Islam dan kekalahan orang kafir iaitu hari bertemunya dua pasukan dalam Perang Badar yang berlaku pada Jumaat 17 Ramadan tahun kedua Hijrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *