INSANIAH DITUTUP

Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Insaniah akan ditutup.  Takkan kot, projek billion-billion alih-alih nak tutup.  Pasai apa nak tutup?  Soalan ini yang menjadi tanda tanya hampir setiap penduduk Kuala Ketil dan kawasan sekitarnya.

Menurut sumber yang diperolehi, Insaniah ditutup sebab pihak pengurusan tidak mampu lagi menanggung hutang pembinaan Insaniah dulu.  Ada pihak mengatakan kerajaan negeri Kedah, nak menggantikan Insaniah dengan Institusi Pengajian lain.  Betul ka????.

Walau apa jua persoalan yang timbul, yang pastinya memang Insaniah dah ditutup.  Tanggal 29 Julai 2013, sekali lagi sejarah Kuala Ketil dicatat.  Jika dulu 29 Januari 2013 merupakan tarikh perasmian/pembukaan Insaniah, kini hanya selepas 7 bulan, iaitu pada 29 Julai 2013 Insaniah ditutup secara rasminya.  Pelajar-pelajar Insaniah telah menghadiri kuliah terakhir mereka pada tarikh tersebut.

Bantahan/demonstrasi aman yang dilakukukan pelajar dan waris pada tarikh tersebut dihadapan Kolej Insaniah tidak mampu mengubah keputusan pihak pengurusan untuk berpindah.  Kini pelajar Insaniah perlu berpindah kembali ke kampus asal Insaniah di Jalan Mergong Alor Star.

Ramai yang mengaitkan isu ini dengan isu politik.  Bagi kak zam, tak kisah lah politik ka apa ka.  Yang menjadi mangsa sekarang adalah pelajar Insaniah itu sendiri.  Kesian kat depa, ada yang bayar rumah sewa untuk setahuan, aleh-aleh nak kena pindah pulak.  Dah lah sebelum ni susah payah cari rumah sewa, bayar deposit dan sewa yang mahal, tak sampai setahun kena pindah pulak.  Kalau kena tuan rumah yang ada “hati perut”, selamat ler sebab deposit akan dipulangkan.  Kalau dapat tuan rumah “putar alam”, macam mana?.

Kewujudan Insaniah di Kuala Ketil ini memberi banyak impak positif terutama dari segi ekonomi kepada masyarakat Kuala Ketil.  Masyarakat Kuala Ketil boleh sewakan rumah dan kereta kepada pelajar, selain itu kedai-kedai makan dan alat tulis juga semakin baik perniagaan kerana kunjungan pelajar Insaniah.  Bukan itu saja, kalau dulu Kuala Ketil tak dikenali, la ni sebut saja Kuala Ketil semua orang tau.  Pelajar-pelajar Insaniah juga telah memberi imej positif kepada masyarakat sekaligus memberi nama baik kepada Kuala Ketil.

Apapun kita kena terima keputusan ini dengan hati terbuka.  Mungkin ada hikmah disebaliknya.  Hanya Allah yang tahu……

Bye-bye INSANIAH

2 Replies to “INSANIAH DITUTUP”

  1. ye la kami sebagai penduduk di kuala ketil memang bersyukur di atas pembangunan yang ada.
    dan tak kurang juga pada masa ini lah sesetengah pemilik rumah sewenang-wenangnya menaikkan harga sewa dan pula ada yang dah menyewa bertahun-tahun lamanya di usir keluar dari rumah sewa.
    oleh kerana kataanya kalau bagi sewa kat pelajar insaniah dapat sewa banyak kerana seorang rm100 untuk sewa satu bulan dan kalau rumah ada 7 orang dapatlah rm 700 sebulan, kesian pula pada penyewa yang tak berkemampuan yang harus berpindah sekeluarga dan kalau dulu dapat gaji boleh manfaatkan pada keperluan yang lain tetapi sekarang ni dah lah kos hidup makin naik harga rumah sewa pula semuanya hanya untuk di sewa oleh pelajar insaniah.
    bagi yang bekerja tetap tak apa lah, ni kan semua dah tahu apa punca pendapatan bagi penduduk di kualaa ketil bukannya semua kerja dalam sektor swasta dan kerajaan tetapi kebanyakan kerja sendiri .
    yang penting kerajaan kena memastikan cara penyelesaian yang terbaik dan juga pihak pengurusan kuin pun kena memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah penempatan pelajar sehingga memberi impak yang negatif kepada sesetengah penduduk kuala ketil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *