Manfaat Cuti Sekolah

Musim cuti dan majlis perkahwinan sentiasanya sinonim dalam masyarakat kita. Sekarang ini musim cuti sekolah hujung tahun. Dua perkara yang selalu menjengah. 

Pertamanya adalah musim banjir bagi kami warga Pantai Timur. Inilah kebiasaan, sentiasa bersiap siaga menghadapi dan melayan musim banjir. Ujian dan nikmat yang silih berganti daripada Allah kepada kita hambaNya. Tahun 2013 ini menyaksikan banjir yang agak teruk di negeri Pahang sehingga Kuantan lumpuh terus. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saudara kita di sana.Perkara kedua yang sinonim dengan cuti hujung tahun ini ialah majlis walimatul urus. di waktu cuti sekolah begini majlis perkahwinan memang sinonim dan sesuai di adakan. Hal ini kerana saudara mara dari jauh mahupun dekat dapat berkumpul dan menyerikan lagi majlis. Semoga Allah merahmati perkahwinan  bagi mereka yang berkahwin dan bahagia hingga ke syurgaNya.

Musim cuti sekolah sudah tiba, yang paling seronok ialah anak-anak  Cuti panjang hadir selepas anak-anak bertungkus lumus menghadapi sesi pengajian, peperiksaan dan ko-kurikulum yang diwajibkan. Pastinya ketibaan cuti memang dinanti-nantikan. Inilah masa untuk melarikan diri buat sementara dari alam persekolahan. Anak-anak memang mahu bebas daripada belenggu buku-buku sekolah, mereka mahu berseronok setelah penat mentelaah pelajaran sepanjang tahun. Tentunya bercuti merupakan terapi yang paling mujarab untuk menghilangkan segala stress atau tekanan yang dihadapi oleh setiap pelajar.

Sebenarnya sebagai ibu bapa, seharusnya mengajar anak-anak  supaya menggunakan masa dengan bijak. Masa cuti sekolah bukan semata-mata untuk berseronok dan melupakankan terus pelajaran. Sebagai ibu bapa perlulah mengambil peluang ini untuk mengatur program-program yang bermanfaat buat anak-anak. Jadilah ibu bapa yang prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak. Rancanglah sesuatu agar dapat memanfaatkan cuti sekolah anak-anak dengan sebaik-baiknya.

Jangan biarkan mereka sendiri yang menguruskan masa cuti tanpa sebarang pemantauan atau panduan daripada ibu bapa kerana dalam usaha kita membina insan yang cemerlang, maka setiap masa itu perlulah dimanfaatkan dengan sebetulnya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *