Wafer ‘Terkenal’ Berulat!

KUALA KETIL 29-10-2011- Produk terkenal malaysia Crunchy Bite Wafer berulat. Azam(bukan nama sebenar) membeli produk tersebut di kedai runcit sekitar Kuala Ketil berhampiran tempat kerjanya.

Selepas membeli produk tersebut beliau terus pulang ke tempat kerjanya untuk menikmati wafer tersebut, pada mulanya beliau tidak mengesyaki apa-apa kecacatan pada bungkusan tersebut. Malah, tarikh luput pada produk tersebut belum tamat tempoh.

Azam yang tidak berpuas hati, telah membuat laporan ke Kuala Ketil.com dan dalam proses membuat laporan kepada pihak persatuan pengguna.

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ini adalah produk makanan dan kebanyakkan pembeli produk ini adalah golongan muda dan kanak-kanak sekolah. Kami berharap pihak bertanggungjawab tampil memberi jawapan.

admin@kualaketil.com

http://www.nccc.org.my/v2/index.php/e-aduan

4 Replies to “Wafer ‘Terkenal’ Berulat!”

  1. Wafer ni di import dari Siam.. Kena berhati2 bila beri barangan makanan dari Thailand.. Tanda halal tu pun belum tentu original..

  2. makan lagi keluaran syarikat tu…
    boikot jer… byk lg keluaran tempatan yg baik dan berkhasiat….. sokong barangan tempatan..cintai buatan malaysia…halal dan suci.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *