Suara Rakyat

Lampu isyarat sekitar Kuala Ketil dan Batu Tujuh tidak berfungsi dengan baik. Ini menjadi masalah kepada pemandu dan penunggang kenderaan. Banyak kemalangan yang telah berlaku akibat masalah lampu isyarat ini tapi masih tiada perubahan yang dilakukan.

Antara lampu isyarat yang bermasalah adalah lampu isyarat di kawasan perindustrian Kuala Ketil, pekan Kuala Ketil, dan Batu 7. Masalah ini berlarutan walaupun banyak kemalangan telah berlaku. Diharap pihak berkuasa tempatan dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat yang telah sekian lama berhadapan dengan bahaya.

 

 

SERING TERPUTUS BEKALAN ELEKTRIK

Sejak kebelakangan ini di kawasan sekitar Kuala Ketil sering terputus bekalan elektrik. Segala aktiviti masyarakat terganggu dan tidak dapat berjalan lancar. Diharap pihak TNB dapat mengambil tindakan sewajarnya.

 

Biro Pengaduan Awam

E-mail: http://www.pcb.gov.my

Tel : 03-8888 4356 / 03-8888 4745 / 03-8888 7236


2 Replies to “Suara Rakyat”

  1. Keadaan jalan raya ke kawasan perindustrian sangat teruk, banyak kenderaan rosak akibat jalan yang berlubang. Ada yang jatuh motosikal dan ada yang cedera. Masalah ini sedang berlarutan sejak beberapa bulan lalu, harap pihak yang betanggungjawab mengambil tindakan segera !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *