Kuala Ketil dah mula musim hujan

Kuala Ketil, Minggu ini minggu hujan, admin cadangkan warga Kuala Ketil sediakan payung supaya tak basah lencun kena hujan. Pastikan diri anda sihat sentiasa, jika sakit amik ubat, jika sedih istifar, insyaAllah kesuburan ekonomi akan menjelma di Kuala Ketil.

Kuala Ketil
Kuala Ketil

INSANIAH nak mai Kuala Ketil

KUALA KETIL 15 Jan. – Perpindahan staf dan pelajar Kolej Universiti INSANIAH dari kampus Mergong, Stargate dan Sungai Petani  ke kampus tetap INSANIAH Kuala Ketil akan dilakukan secara berperingkat mulai Januari ini.

Perkara ini dimaklumkan Rektor INSANIAH, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman pada sesi Taklimat Perpindahan ke Kampus Kuala Ketil yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini.

Beliau berkata proses perpindahan dijadual akhir Januari dan awal Februari ini hanya akan melibatkan Kulliyyah Muamalat, Hospitaliti & Perkhidmatan Halal dan Multimedia & Kreativiti.

“Sebaik sahaja Jabatan Kerja Raya negeri selesai melakukan ujian dan berpuas hati terhadap segala kemudahan seperti air, elektrik dan sebagainya disusuli pengeluaran CCC, kita akan mula berpindah. Kumpulan kedua dijadual berpindah pada Mei selepas berakhirnya pengajian semester ini melibatkan Kulliyyah Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab dan Al-Quran,” jelas beliau.

Ditanya mengenai kemudahan asrama kepada pelajar, beliau menyatakan INSANIAH kini dalam

KUIN
KUIN proses pembangunan

usaha menyediakan asrama pasang siap yang dapat menempatkan sekurang-kurangnya 1600 pelajar. Keutamaan akan diberikan kepada bagi pelajar tahun satu dan dua.

 

Perasmian Kampus INSANIAH Kuala Ketil dan Istiadat Konvokesyen Khas pada 29 Januari ini akan disempurnakan Canselor INSANIAH, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Majlis berkenaan akan menyaksikan Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan mantan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Dr. Affifudin Omar dilantik sebagai Pro Canselor INSANIAH.

Sumber: Web Insaniah

Pelajar Malaysia Mati Ditetak

8-11-2011 SURABAYA-Kota Malang. Seorang pelajar Malaysia dijumpai mati ditetak dibahagian leher. Pelajar perubatan tahun kedua Universiti Brawijaya dipercayai mati akibat diserang oleh suspek dengan parang di halaman rumah mangsa. Kini pihak polis Indonesia masih menyiasat kes tersebut dan motif pembunuhan masih belum dikenal pasti.

Pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Kota Malang diminta untuk lebih berhati-hati dan cuba berada dalam kelompok besar.

Pihak Duta Malaysia di Indonesia diharap dapat mengambil tindakkan bagi mengekang perkara sedemikian rupa berulang.

 

 

sumber:

Pelajar Perubatan [Malaysia]- Universiti Brawijaya, Indonesia

Kelab Umno Kota Malang Indonesia

Wafer ‘Terkenal’ Berulat!

KUALA KETIL 29-10-2011- Produk terkenal malaysia Crunchy Bite Wafer berulat. Azam(bukan nama sebenar) membeli produk tersebut di kedai runcit sekitar Kuala Ketil berhampiran tempat kerjanya.

Selepas membeli produk tersebut beliau terus pulang ke tempat kerjanya untuk menikmati wafer tersebut, pada mulanya beliau tidak mengesyaki apa-apa kecacatan pada bungkusan tersebut. Malah, tarikh luput pada produk tersebut belum tamat tempoh.

Azam yang tidak berpuas hati, telah membuat laporan ke Kuala Ketil.com dan dalam proses membuat laporan kepada pihak persatuan pengguna.

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ini adalah produk makanan dan kebanyakkan pembeli produk ini adalah golongan muda dan kanak-kanak sekolah. Kami berharap pihak bertanggungjawab tampil memberi jawapan.

admin@kualaketil.com

http://www.nccc.org.my/v2/index.php/e-aduan

Topup kena cukai 6% Mulai 15 Sept

 

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu.

— BERNAMA

Era.fm mai Kuala Ketil

4-Sep-2011 Era FM ke rumah yang ketiga pemenang bagi RRE(Riuh Raya ERAthon) Siti Aishah di teratak kampung tradisionalnya di Kampung Lahar Parang, Kuala Ketil. Tahniah kepada Siti Aisyah dan terima kasih kepada Era yang sanggup mai dari jauh noh. Ada sedikit sebanyak gambar-gambar kenangan raya 2011 RRE yang dikebas dari website era fm..hee, jgn marah cek nah, cek baru belajar..








Era.fm best

Wira Malaya- Noramfaizul

 

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 39, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, Jumaat.

Wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro Jumaat malam.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

“Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat,” katanya.

Jurukamera

Sementara itu, wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat itu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi parunya.

Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mertuanya di Serdang Raya dekat sini, melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham.

Norazrina berkata sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham telah berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.

“Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara, dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya,” kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di sini.

Dalam pada itu, Tan berkata mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu.

Beliau berkata ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, sedang berbincang dengan pihak pengurusan untuk membawa balik jenazah Allahyarham bersama rombongan misi pada Sabtu.

Misi tersebut berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Sementara itu, ibunya Naemah Abdul Majid, 63, berkata dua hari sebelum Allahyarham berlepas, keluarganya mengadakan kenduri doa selamat.

Allahyarham juga sempat membeli kasut sempena Hari Raya Aidilfitri untuk dua orang anaknya.

“Anak makcik tu biasa sahaja, dia pergi pun tiada apa-apa perubahan, dua hari sebelum pergi kami buat kenduri dan adik-beradiknya sempat berkumpul semua menghantar beliau.

“Tapi makcik redha dengan pemergian beliau, harap semua doakan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Makcik rasa redha walaupun makcik sedih, makcik tahu Allah lebih sayangkan dia,” katanya.

Naemah berkata Allahyarham turut sempat memberikannya wang untuk membayar sewa rumah dan juga wang untuk beliau dan suaminya sebelum berlepas.

“Dia tinggalkan duit kat makcik dan bapanya, cuma masa makcik menghantarnya arwah meminta makcik tidak keluar dari kereta tetapi makcik nak juga keluar untuk melihat beliau berlepas ke Somalia,” katanya.

Ahli keluarga Allahyarham yang berkumpul di rumah keluarganya di sini turut mengadakan bacaan Yassin.

Sementara itu, jiran Allahyarham, G. Marimuthu, 65, yang turut berada di rumah keluarga Allahyarham sejak pukul 11 malam tadi, berkata beliau mengenali Allahyarham sejak lebih 20 tahun lepas semasa mereka menetap di taman itu pada 1989.

Marimuthu, seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata Allahyarham amat peramah dan sering menegur beliau dan isteri.

“Sebelum berlepas ke Somalia pada 28 Ogos lepas, Faizul sempat bersalaman dengan isteri saya G. Saraswathi, bertanyakan khabar dan memaklumkan pemergiannya ke Somalia,” katanya.

— BERNAMA

Salam Kemerdekaan

Salam kepada semua rakyat Kuala Ketil dan seluruh Malaysia. Kuala Ketil.com ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 kepada semua rakyat Malaysia terutamanya di Kuala Ketil, Kedah. Semoga kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini akan terus berkekalan. Marilah sama-sama kita menjaga Agama, Bangsa dan Negara dengan mengelak keganasan. Kita perlu memupuk semangat kebangsaan dan kesedaran sivik dari yang kecil hingga yang tua.

MALAM LAILATUL-QADAR

Mencari keredhaan Nya


MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu
Mencari keredhaan Nya
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain.
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil.
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama’ bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka’ab katanya, “Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.” Daripada Riwayat Mu’awiyah:
Maksudnya:
Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27.
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
” Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. “
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. “

Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Sumber:

http://www.jais.gov.my/ramadhan/lailatulqadar.php