Kedah Koi Maju 2016-Kami Ada Litar Sendiri

Sepang: Kedah bakal memiliki litar lumba yang akan memulakan pembinaannya pertengahan tahun depan membabitkan kawasan seluas 70 hektar di Sungai Petani serta dijangka siap antara 2016 dan 2017.

Projek pembinaan Litar Kedah itu bakal direalisasikan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) antara Perbadanan Menteri Besar Kedah Darul Aman (MB Inc) dengan Sepang International Circuit (SIC) bertujuan menjadikan SIC sebagai penasihat teknikal bagi pelaksanaan pembangunan litar berkenaan selain bertanggungjawab sebagai penasihat pengurusan selepas ia siap kelak.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, mengikut perancangan awal, litar itu akan dibina di atas tanah seluas 70 hektar dengan trek perlumbaan sejauh 1.6 kilometer.

“Namun, ia berpotensi untuk dibangunkan sehingga dua kilometer,” katanya selepas majlis menandatangani MoU dengan SIC di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi SIC, Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.

Menurutnya, litar berkenaan terletak berhampiran lapangan terbang baru dan secara tidak langsung dapat membantu menyemarakkan industri pelancongan tempatan.

“Kelebihan kami yang terletak di bahagian utara adalah ia berdekatan dengan negara jiran yang turut mempunyai ramai peminat sukan permotoran.

“Malah, kami juga menerima maklum balas positif daripada Thailand yang memaklumkan untuk menggunakan litar berkenaan selepas ia beroperasi kelak,” katanya.

Mukhriz berkata, buat masa ini nilai pelaburan masih belum diputuskan memandangkan perancangan rapi mengenai pembangunan litar berkenaan masih diteruskan.

“Buat masa ini jumlah pelaburan masih dibincangkan, namun kami meletakkan tempoh masa antara 2016 atau 2017 untuk litar ini siap sepenuhnya,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:08 AM
RAZLAN (dua dari kiri) bertukar perjanjian persefahaman dengan Pengurus Besar MB Inc, Mahadi Mohamad (dua dari kanan) sambil disaksikan Mokhzani (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Azimi Daim (kanan), Mukhriz (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif DORNA, Carmelo Ezpeleta di Sepang, semalam.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3796#sthash.ZPxRPlE5.dpuf

 

Program Konsert Malam Untukmu Syria

Assalamualaikum warga Kuala Ketil, pakat2 mai noh

Ke:-Program : Konsert Malam UntukMu Syria

Tarikh/Masa : 10 Oktober 2014 / 8.30malam

Tempat : Dewan Besar Kolej Universiti Insaniah, Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.

Akhirnya Hujan Turun Di Kuala Ketil

 

Setelah hampir dua bulan dilanda musim kemarau, akhirnya hujan turun juga di Bandar Kuala Ketil. Selama lebih kurang 1 jam, hujan turun dengan intensiti sederhana pada petang ahad (16 Mac 2014).
Walaupun hujan hanya turun sebentar, warga Kuala Ketil bersyukur dan menyambut dengan sukacita turunnya hujan dengan melakukan sujud syukur

“Syukur Alhamdulillah kita diberikan anugerah hujan hari ini(16 Mac 2014).” ujar Mahathir Zakaria, sorang warga Kuala Ketil.

Menurut Mahathir, turunnya hujan ini sangat membantu warga untuk mendapatkan air di musim kemarau yang panjang. Apalagi ditambah keringnya hutan menyebabkan hutan mudah terbakar.

 

 

 

 

 

 

 

Seperti yang berlaku pada Jumaat (14 Mac 2014), kebakaran hutan dan kebun di Batu 5 Kuala Ketil, menyebabkan seorang pemilik kebun meninggal dunia. Di beritakan, warga berkenaan meninggal kerana tersedut asap dalam kuantiti yang banyak.
Hal yang sama juga dinyatakan Zaini, warga Kampung Batu Satu yang mengaku sangat menanti hujan.
Zaini dan sejumlah warga lainnya juga berharap agar musim kemarau panjang melanda Bandar Kuala Ketil sudah berakhir.

Sebelumnya, masjid jamek Kuala Ketil di bawah pimpinan Imam  Cik Nan telah melakukan solat hajat secara berjemaah selepas Solat Jumaat (14 Mac 2014) untuk meminta diturunkannya rahmat Tuhan berupa hujan dan mengakhiri kemarau yang melanda Kuala Ketil dan seluruh Negara sejak 2 bulan lalu.

 

Ikan Naik Ke Darat Di Lahad Datu..

Gempar! Heboh ketika ini di daerah Lahad Datu, Sabah apabila penduduk kampung di Pulau Tambisan mendapati ikan laut muncul dengan banyak berhampiran daratan. Ramai yang mengatakan fenomena pelik ini menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik bakal terjadi tidak lama lagi di kawasan tersebut.
Sebelum ini, Kejadian Tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlakunya bencana alam tersebut. Haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan menunjukkan tingkah laku pelik. Malah para nelayan turut mengatakan hidupan laut dalam telah muncul di persisiran pantai.

Yang amat pelik, Ribut Greg yang mengorbankan ramai penduduk di Keningau, Sabah juga berlaku pada 26 Disember 1996.

kejadian ini pula berlaku pada 24 Disember 2013. Adakah tanda-tanda yang berlaku di Lahad Datu ketika ini juga akan terjadi bencana alam pada tarikh yang sama, 26 Disember kejadian-kejadian bencana yang besar sebelum ini berlaku? Wallahualam….

Jawapan Ketua Kampung di Tanjung Labian –

“Sekarang musim ikan tamban memang banyak, Kejadian tu hanya dari spesis ikan tamban sahaja dan memang akan berlaku apabila musim ikan spesis itu tiba. Cuaca di Lahad Datu buat masa sekarang baik. Kejadian sebegini telah berlaku beberapa kali dalam bulan ini.”

 

Manfaat Cuti Sekolah

Musim cuti dan majlis perkahwinan sentiasanya sinonim dalam masyarakat kita. Sekarang ini musim cuti sekolah hujung tahun. Dua perkara yang selalu menjengah. 

Pertamanya adalah musim banjir bagi kami warga Pantai Timur. Inilah kebiasaan, sentiasa bersiap siaga menghadapi dan melayan musim banjir. Ujian dan nikmat yang silih berganti daripada Allah kepada kita hambaNya. Tahun 2013 ini menyaksikan banjir yang agak teruk di negeri Pahang sehingga Kuantan lumpuh terus. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saudara kita di sana.Perkara kedua yang sinonim dengan cuti hujung tahun ini ialah majlis walimatul urus. di waktu cuti sekolah begini majlis perkahwinan memang sinonim dan sesuai di adakan. Hal ini kerana saudara mara dari jauh mahupun dekat dapat berkumpul dan menyerikan lagi majlis. Semoga Allah merahmati perkahwinan  bagi mereka yang berkahwin dan bahagia hingga ke syurgaNya.

Musim cuti sekolah sudah tiba, yang paling seronok ialah anak-anak  Cuti panjang hadir selepas anak-anak bertungkus lumus menghadapi sesi pengajian, peperiksaan dan ko-kurikulum yang diwajibkan. Pastinya ketibaan cuti memang dinanti-nantikan. Inilah masa untuk melarikan diri buat sementara dari alam persekolahan. Anak-anak memang mahu bebas daripada belenggu buku-buku sekolah, mereka mahu berseronok setelah penat mentelaah pelajaran sepanjang tahun. Tentunya bercuti merupakan terapi yang paling mujarab untuk menghilangkan segala stress atau tekanan yang dihadapi oleh setiap pelajar.

Sebenarnya sebagai ibu bapa, seharusnya mengajar anak-anak  supaya menggunakan masa dengan bijak. Masa cuti sekolah bukan semata-mata untuk berseronok dan melupakankan terus pelajaran. Sebagai ibu bapa perlulah mengambil peluang ini untuk mengatur program-program yang bermanfaat buat anak-anak. Jadilah ibu bapa yang prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak. Rancanglah sesuatu agar dapat memanfaatkan cuti sekolah anak-anak dengan sebaik-baiknya.

Jangan biarkan mereka sendiri yang menguruskan masa cuti tanpa sebarang pemantauan atau panduan daripada ibu bapa kerana dalam usaha kita membina insan yang cemerlang, maka setiap masa itu perlulah dimanfaatkan dengan sebetulnya.

 

 

Salji Melanda Mesir???

Salji turun kat Mesir? Mesir dilimpahi dengan salji? Hadis Abu Hurairah : Tidak akan berlaku kiamat sehinggakan tanah arab menjadi subur dan dialiri dengan sungai-sungai. Bila dah salji nanti ais kan cair. Bila cair berlakunya sungai dan sungai itulah tanda kiamat..Subhanallah..it’s near to the end of the world, Ya Allah, Kau berikan lah kami masa untuk bertaubat kepadamu Ya Allah..PERINGATAN!!

Sebahagian dari hari kiamat!!

  • Ayat Al Quran akan hilang
  • Kaabah akan menjadi timbunan tanah
  • Sangka kala akan ditiup 2 kali

 

 

  • Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda ” barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak.

wallahualam…

(gambar sekadar hiasan)