Kecurian Banner di sekitar Kuala Ketil

20 Ogos 2011- AWAS! kepada semua pemilik banner di sekitar Kuala Ketil. Sila berhati- hati dengan kecurian banner yang berlaku di sekitar kawasan Kuala Ketil.  Antara kawasan yang kerap berlakunya kehilangan banner yang telah dikenal pasti oleh pihak penguatkuasa Majlis Daerah Baling(Pekan Kuala Ketil) adalah di sekitar kawasan Padang Awam, Kuala Ketil.(Gambar diatas adalah antara banner yang telah dicuri)

Gejala tidak bermoral ini dikenal pasti berlaku pada waktu tengah malam, bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu oleh pihak berkuasa. Banner-banner yang menjadi pilihan adalah banner yang bersaiz besar dan ‘single-side’ banner.

Kebanyakkan banner yang dicuri akan dijadikan selimut kereta dan berdasarkan keterangan pihak penguatkuasa Majlis Daerah Baling(Pekan Kuala ketil) berkata, pada musim perayaan banner-banner besar yang dicuri akan di jadikan sebagai banner ‘lemang’ dan tempat lapik meja.

Kemanakah perginya kesedaran sivik terutama jika perbuatan ini dilakukan oleh umat islam?Kemanakah perginya hukum halal dan haram?

Kuala Ketil.com mengharapkan pihak berkuasa dapat melakukan rondaan malam bagi menjamin keselamatan rakyat dan hak penduduk Kuala Ketil.